Assalamualaikum.

awak, terima kasih. alhamdulillah. tak sangka awak sampai juga. penantian saya berbaloi ye. lama saya tunggu, beberapa kali saya hampir putus asa.. tapi awak sampai juga. alhamdulillah..

saya tak pasti kenapa, bagaimana, bila dan mengapa awak pilih saya. tapi saya bersyukur sangat. jujur awalnya saya juga tak pasti.. kerana awak sangat pelik. lelaki biasa tak sukakan saya. saya langsung tak ada apa yang istimewa. selalu grumpy. bermuka biasa, berbadan sedikit gempal. tiada ciri2 wanita matang yang suka duduk didapur memasak. tiada. tiada. tapi bila awak berani berikan saya sebentuk cincin tanda janji.. saya jadi yakin. saya jadi berani. dan saya mahu cuba jadi lebih baik untuk awak. untuk kita.

awak, hati ini akan sentiasa berbolak balik. saya sendiri kadang-kadang tak pasti dengan hati saya. tapi saya sudah berjanji pada diri sendiri untuk terus memilih awak dalam apa pun keadaan. kita doa pada Allah agar hubungan yang bakal dibina ini diberkati dgn sakinah, mawaddah dan rahmah ye. insyallah. aminn..

awak, dulu-dulu telah saya bina kubu pertahanan yang kuat disekeliling hati ini. saya tak suka dikelirukan oleh lelaki. tapi kubu itu telah awak runtuhkan sedikit demi sedikit. mungkin awak sudah berjaya tawan hati saya. saya mohon jaga sebaik mungkin.

awak, saya harap awak tak menyesal bila saya bukan seperti apa yang awak harapkan. semoga kita sama-sama dapat berusaha untuk saling melengkapi.

awak, fihifzillah.

semoga kita disatukan nanti. sehingga waktu itu tiba. jaga diri, jaga hati. semoga Allah menjagamu.

fihifzillah ❤

assalamualaikum

apa khabar semua? saya sihat. harini hari ke… 12 saya dikuarantin di rumah. saya terasa nk update blog ni sebab sekarang dunia tengah krisis dan saya mahu selalu ingat waktu dan masa ini. dunia sekarang diserang virus covid19. baru ditemui. tiada vaksin. sepatutnya mampu dikawal tapi virus membiak terlalu cepat. cepat dan cepat sehingga kami sesak. virus boleh diubato tapi boleh membawa maut juga.. itulah yg sgt membimbangkan skrg.

ceritanya saya dikuarantin juga kerana covid19. tapi saya anggap ini sebagai blessing in disguise. dah lama saya x dapat cuti selama ini… tapi ‘bayaran’ untuk cuti ini juga mahal. risiko keluarga sendiri dijangkiti covid19. saya hanya boleh berada dirumah sahaja dlm tempoh kuarantin TITIK. dan.. dua kali juga saya terpaksa batalkan pertemuan untuk bertemu si dia. gittuh. terpaksa sakitkan hati sendiri dan tak pasti jika hati dia juga turut sakit. tapi alhamdulillah dia sangat memahami ❤

jadi covid19. saya berharap anda pergi segera TITIK.

mama cakap, Allah murka barangkali. mungkin juga. kami lalai. kami terlalu pentingkan dunia. maafkan kami ya Allah.. bantu kami ya Allah..

semoga virus ni cepat cepat pergi. semoga kami semua dilindungi dari virus. amin

jaga diri semua

 

assalamualaikum 🙂

apa khabar semua? saya sihat alhamdulillah. ini first post untuk tahun 2020. setahun satu post, jadi laaa janji blog ni hidup lagi hehehe.

beberapa update tentang diri sendiri in case ada anonymous reader yg masih setia mengunjungi blog usang bersawang lagi bosan ni… alhamdulillah saya dah tamat housemanship tanpa extension!!! *yeay me* dulu ingat ke seronok habis housemanship.. eh sama je. xde seronok mana pon. life goes on. cuma skrg i don’t rush forcing myself to wake up at 5am in the morning. i don’t have to wear tudung sarung makcik and could now lilit my shawl if not perfectly, at least it stays on my head until evening. so in case any houseman stumble upon this writing.. I’m telling you don’t give up. don’t. don’t. JUST DON’T. because sooner or later it will get easier insyallah. pray to Allah for strength and knowledge and perseverance. and for good friends/partner who understands and could support you 🙂

so sekarang saya bertugas di hospital daerah. hospital kuala kubu bharu. baru 4 bulan kot. the only good thing at the moment is that i get to stay at home with my parents. the other things, are to keep and let go for not-so-good things are not for remembrance. yasss

moving on.

haritu saya bertunang. 😉

*say whattttt??! nik aqilah yg selalu sappy sappy lonely makcik yang asyik sedih takde orang nak kat dia tu tiba2 dah bertunang?! 😆

ye. alhamdulillah dah bertunang. 26/1/20. alhamdulillah maybe berkat doa mama n papa, saya insyallah bakal bertemu jodoh di dunia ini. terima kasih pada awak juga (kalau awak terbaca ni) sebab sudi terima saya yang biasa biasa boring tak cantik dan tak pandai masak ni hehe. nanti saya belajar banyak lagi ok.

jodoh tu rahsia Allah kan. saya sebenarnya dah plan dah kalau kene hidup forever alone nak buat apa. eh tiba2 saya bakal ada geng pulak untuk life adventure ni. insyallah.. semoga dipermudahkan. doakan ye pembaca sekalian. insyallah majlis kami nanti bulan Dec 2020. kalau nak sama2 mai raikan majlis kami nnt tinggalkan la komen dan email k haha

saya doakan urusan anda dan saya didunia ini dipermudahkan semua nya. amin! semoga Allah rahmati kita semua. amin.

oh oh! lupa nak update another important life event. saya dah ada anak saudara tau! comel sgt mcm anak mat salleh (walaupon mak muka cina, ayah dia muka pakistan). nama dia muhammad idris. nama manja, idwisssss (sebab i can’t pronounce R  perfectly lol)

ok cukup setakat ini. bye semua. jumpa lagi in…. God knows when.. take care! fihifzillah ❤

salam

hi nobody.

i uploaded a photo of my lunch today on instagram. yeah typical but whatever.   its a bread-cake. the cake is yellowish while the bread is green in color. the photo was no-professional touch editing. actually no editing at all. capture, instagram filter with a caption ‘don’t judge’. the looks was hideous but the taste was marvellous.

and to my surprise, people are so quick to judge even though i told them not too in the beginning! quite disappointing. some even ask me if im eating stale bread? kulat??  *ugh. annoying.

kalau dah staled tu nak bagi burung pon tak sanggup, takkan la aku telan pulak?

i realised, we human we can’t escape from judging things. we are very good at that without realising it. and for that, i think we can practice keeping the judgement to ourselves. and if we are really REALLY curious, there are arts of asking questions too. hint, use your brain and guard your tongue.

fuh. mungkin faktor usia. it has been such a long time since my life is affected my social media. but hey, this can’t break me. LOL

bye nobody. see u in… nobody-knows time. take care ❤